Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 28, 2017

RAFIZI DIGESA BERI KETERANGAN ISU RASUAH WANG, WANITA DI SELANGOR




Putrajaya – Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM) hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) supaya menggesa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk tampil dan memberikan keterangan berhubung dakwaannya bahawa wujud amalan rasuah melibatkan wang dan wanita dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Sehubungan dengan itu, Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, berkata beliau mahu SPRM menyiasat dakwaan tersebut memandangkan tuduhan itu datang daripada Rafizi sendiri yang merupakan orang kanan kepada parti itu.

“Selepas hampir setahun kes ini dilaporkan namun SPRM masih tidak menyatakan perkembangan tuduhan rasuah yang telah dibuat oleh Rafizi.

“Kita desak SPRM agar mengambil perhatian yang sewajarnya membabitkan kerajaan Selangor ini,”katanya di perkarangan bangunan SPRM di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai permintaan Rafizi yang meminta sumbangan rakyat berhubung saman NFC, Zulkarnain berkata Rafizi perlu meminta pertolongan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memandangkan kakitangan awam negeri itu menerima ‘durian runtuh’ pada hari raya baru-baru ini.

“Seperti yang diketahui umum dia (Azmin) dapat elaun banyak, dua bulan bonus raya.

“Jadi, saya fikir Azmin lah yang paling layak dan sesuai bantu Rafizi biarpun mereka berdua ini tak sependapat. Tak payahlah susahkan rakyat, lagi pun timbalan presiden kena bantulah naib dia,”katanya.

Zulkarnain, dalam masa yang sama turut menghantar memorandum gesaan supaya SPRM mengambil tindakan atas amalan rasuah tersebut serta berhubung artikel yang ditulis Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin, penasihat SAMM) terhadap isu penggunaan wang Taikun yang merujuk kepada pemberian dua projek bekalan air luar bandar bernilai 53 juta oleh Datuk Seri Shafie Apdal kepada Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony.

“Kami berharap SPRM terus menyiasat perkara ini memandangkan sehingga kini Datuk seri Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony belum lagi di panggil bagi memberikan keterangan berhubung kes ini,”katanya.

Terdahulu, GAUM meminta SPRM menjalankan siasatan bagi dua kes rasuah dan salah guna kuasa kerajaan negeri Selangor dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mengikut undang-undang tanpa memihak kepada pihak tertentu.


0 comments:

share2