Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 28, 2017

PENGAKUAN ANWAR, KIT SIANG & RM30 BILION ERA MAHATHIR




Sebelum ini, portal pembangkang Keadilan Daily telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Kenyataan penuh Anwar Ibrahim isu kerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex’.

Di antara lain, beliau mendakwa memilih untuk bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex selaku mantan Menteri Kewangan 1991-1998 serta berpuas hati dengan ruang yang diberikan oleh Pengerusi Tan Sri Sidek dan jawatankuasanya. Beliau juga telah menjelaskan beberapa perkara tetapi kenyataan 11 perenggan beliau itu tidak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad walau sepatah pun.

Padahal Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri (16 Julai 1981 – 31 October 2003) ketika itu dan dilabel sebagai diktator, mahafiraun dan berkuasa penuh oleh pakatan pembangkang.

Anwar Ibrahim dilihat cuba untuk melindungi rakan politik yang pernah mendedahkan aktiviti songsang dan memalukan seluruh keluarganya.

Terdapat bukti bahawa Anwar Ibrahim sendiri pernah dilaporkan berkata bahawa Mahathir Mohamad terlibat secara langsung dalam skandal FOREX itu. Di antara buktinya ialah laporan TheEdgeMarkets bertarikh 24 September 2012 :


KUALA LUMPUR (Sept 24): Foreign exchange trading activities undertaken by Bank Negara Malaysia (BNM) in the early 1990s, which resulted to the central bank losing at least RM5.7 billion of its reserves, was approved by then Minister of Finance Tun Daim Zainuddin, with the support by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed.

The late Tan Sri Jaafar told me that the forex trading activities was conducted by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop with the approvals given by both the Minister of Finance before me and the Prime Minister then. Go and ask them!" he said in Parliament on Monday.

Allahyarham TS Jaafar Hussein, Gabenor Bank Negara Malaysia (Jun 1985 - Mei 1994) telah memberi tahu Anwar Ibrahim bahawa perniagaan Forex telah mendapat kelulusan Menteri Kewangan sebelum beliau iaitu Daim Zainuddin dan Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir Mohammad.

Perkara penting ini tidak dinyatakan oleh Anwar Ibrahim di dalam kenyataan beliau. Sebaliknya, beliau hanya menuding jari kepada Nor Mohamed Yakcop sahaja. Nampak sangat yang Anwar Ibrahim cuba untuk cover up Mahathir Mohamad.

Malah pada 15 Mei 2000, Mahathir Mohamad sendiri yang melantik Nor Mohamed Yakcop sebagai penasihat khas ekonomi kepada Perdana Menteri ketika itu. Dan bukan Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin sahaja tetapi Anwar Ibrahim sendiri sebenarnya turut dipersoalkan. Anwar menulis :


Berikutnya saya terpaksa menangani permasalahan tersebut di Parlimen, terutama persoalan-persoalan yang dibangkit Ketua Pembangkang ketika itu, YB Lim Kit Siang. Kerajaan memberikan penjelasan BNM sambil menjelaskan keutuhan ekonomi. Namun, saya menegaskan arahan agar BNM menghentikan dagangan Forex tersebut.

Apakah yang sebenarnya dinyatakan oleh Lim Kit Siang DAP?

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan :


"Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing".

Walau pun Awar menafikan dakwaan bahawa Bank Negara telah terlibat dalam aktiviti spekulasi dalam pasaran pertukaran asing kenyataan itu ditolak oleh Kit Siang. Malah, Tengku Razaleigh dilaporkan telah berkata:


"Bahkan jumah RM9.3 bilion itu hampir sama dengan seluruh anggaran perbelanjaan pembangunan negara bagi tahun 1993. malah negara tidak pernah menanggung kerugian sebanyak iitu. Bahkan di negara-negara lain, menteri yang bermaruah sudah meletakkan jawatannya kerana kerugian,” tegas Tengku Razaleigh

Ketika berceramah di Kuching pada 29 Mei 1993, Lim Kit Siang juga dilaporkan telah menganggarkan kerugian Bank Negara boleh mencapai RM16,000 juta.


"Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapatkan wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun".

Anwar Ibrahim turut menjadi bahan sindiran puak pembangkang terutamanya Lim Kit Siang DAP. Beliau dilabelkan sebagai 'meraba-raba dalam kegelapan' dan Kit Siang juga dilaporkan telah 'menasihatkan Anwar supaya mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi antarabangsa daripada Setiausaha Parlimen ataupun Timbalan Menteri ketika itu.

Dalam artikel terbaru beliau, Anwar sendiri mengaku bahawa pada tahun 1994, kerajaan Malaysia telah bertindak menghentikan dagangan tersebut, dan mula membayar kerugian sekitar RM500 juta setiap tahun. Pengurusan BNM bertambah mantap, diperkemas dengan laporan dasar yang lebih teratur kepada Menteri Kewangan.

Jumlah kerugian akhirnya dianggar sekitar 15 hingga 30 bilion ringgit tertakluk kepada cara BNM mengaudit dan mencatat potongan ‘contingency fund’, ‘reserve fund’, ‘insurance fund’; kos membendung inflasi dan mempertahan ringgit.


0 comments:

share2