Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 27, 2017

MAHATHIR DUA-DUA PUN DIA 'KENA'...




TUN Dr. Mahathir Mohamad ini dua-dua belah pihak pun dia `kena’.

Dengan Barisan Nasional (BN), dia dianggap cuba memecahbelahkan orang Melayu melalui sikap oportunisnya berpakat dengan DAP untuk menumbangkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan Pakatan Harapan (PH) pula, dia sangkakan menerusi perbuatan berbaik-baik dengan ketua-ketua pakatan itu, penyokong mereka terutama PKR akan lupa kisah lama dirinya yang pernah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Anwar kini terkulai dalam penjara.

Mahathir lupa bahawa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikuatkuasakan semasa era pentadbirannya, ramai pemimpin pembangkang telah dipenjarakan tanpa bicara. Ini termasuklah Lim Kit Siang yang kini menjadi sekutu rapatnya untuk berdepan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak beranaknya terutama sekali Nurul Izzah Anwar pasti tidak akan lupa kepedihan yang ditanggung keluarganya akibat penangan Mahathir terhadap Anwar.

Dendamnya pasti masih membara, biarpun `terpaksa diredakan’ buat sementara untuk `mempergunakan’ Mahathir berdepan dengan BN.

Jadi, tidak hairanlah Wan Azizah yang kini Presiden PH tidak sayang mulut semalam dengan menyetujui untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Mahathir sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Katanya, itu hanya dapat dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan BN dalam PRU-14 nanti.

Wan Azizah pun sebelum ini `agak cuak’ dengan Mahathir apabila pada 17 Mei tahun lalu mengingatkan pemimpin pembangkang supaya berwaspada dengan Mahathir.

Anwar juga dalam suratnya semasa itu menyatakan deklarasi kempen Selamatkan Malaysia diketuai Mahathir tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi serta hanya menumpukan untuk menjatuhkan Perdana Menteri sekali gus jauh terpesong daripada perjuangan pembangkang.


0 comments:

share2