Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 27, 2017

JENAYAH SEKSUAL: IBU BAPA PERLU BERTERUS TERANG


Rohani


Kuala Lumpur - Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani jenayah seksual kanak-kanak. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abd Karim berkata, ibu bapa bertanggungjawab memantau anak- anak mereka berkaitan isu itu.

"Kita harus berterus-terang dengan kanak-kanak berkaitan jenayah seksual ini dan ibu bapa harus ingatkan anak-anak mengenai apa tindakan jika terlibat dengan insiden tersebut.

"Kadang-kadang, mereka (kanak-kanak) ini lebih tahu daripada ibu bapa sendiri berikutan kecanggihan teknologi, sebab itulah pentingnya pemantauan ibu bapa ini," katanya menjawab soalan tambahan mengenai kes penderaan kanak-kanak (seksual dan bukan seksual) di Parlimen, hari ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2010 hingga Mei 2017, mengikut kategori menunjukkan kes rogol mencatat bilangan tertinggi iaitu 13,272 kes (59.7 peratus), sumbang mahram 1,796 kes (8.07 peratus) luar tabii 1,152 kes (5.18 peratus) dan cabul 6,014 kes (27.04 peratus). 

Sementara itu, Rohani menegaskan bahawa langkah-langkah inisiatif dilaksanakan bagi menangani kes seumpama itu. 

"Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang baru sahaja diluluskan banyak membantu anak-anak ini.

"Selain itu, wujud juga mahkamah khas buat anak-anak terlibat untuk keselesaan mereka serta bantuan dari segi kaunseling, perlindungan, dan lain-lain," katanya.


0 comments:

share2