Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 27, 2017

MB DI MAJLIS SILATULRAHIM AIDIL FITRI DUN KERDAU



Kerdau, Temerloh – YAB Menteri Besar Pahang DSDR Hj Adnan Yaakob semalam (26.7.2017) menghadiri Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Kg. Bukit Lada Kerdau, penyampaian Notis 5A serta Bantuan Saguhati Menunaikan Haji Sukarelawan Dun Kerdau sempena Silatulrahim Aidil Fitri DUN Kerdau.

Dalam ucapan aluannya YB Adun Kerdau, Dato’ Syed Ibrahim menyatakan ini adalah kampong ke empat dan kelima yang menerima Notis 5A Suratan Hak Milik pada tahun ini di Dun Kerdau.

Dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau mengucapkan kesyukuran kerana dapat hadir pada majlis berkenaan. Program 3 dalam  1 ini menyaksikan penduduk setempat menerima kunci rumah PR1MA Pahang selain dari Notis 5A Suratan Hak Milik dan Bantuan Saguhati kepada kepada bakal haji dari kalangan Sukarelawan di Dun Kerdau.

Menurut MB Pahang, kerajaan negeri mensasarkan membina sebanyak 15 ribu buah rumah dari tahun 2013 hingga 2018 namun sehingga kini telah berjaya membina sebanyak 35 ribu buah dan melebihi angka yang disasarkan.

YAB Menteri Besar juga menasihatkan kepada penerima Notis 5A Suratan Hak Milik (geran tanah) agar mengikis sifat yang selama ini sering diamalkan oleh sebilangan orang Melayu selama ini dengan menjual tanah yang dimilikinya.

Seramai 30 orang menerima kunci rumah PR1MA Pahang dan selebihnya (170) akan menerimanya kemudian setelah segala urusana dengan pihak bank diselesaikan. Seramai 300 orang menerima Notis 5A Suratan Hak Milik (geran tanah)

Pada majlis sama beberapa barangan eletrik, 20 buah basikal, 3 buah motosikal dan sebuah kereta Produa Bezza telah dimenangi oleh hadirin yang bertuah dalam cabutan bertuah yang diadakan sempena majis berkenaan.

Turut hadir barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang, pegawai kerajaan dan agensi yang berkaitan.





0 comments:

share2