Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 5, 2017

DAESH SEBAR PROPAGANDA GUNA MEDIA SOSIAL BAHARU


daesh


London - Kumpulan militan Daesh sedang membangunkan platform media sosial bagi mengelakkan tindakan keras keselamatan ke atas alat komunikasi dan propaganda milik mereka.

Kelmarin, Pengarah Agensi Polis Kesatuan Eropah (Europol), Rob Wainwright berkata, platform dalam talian baharu itu ditemui ketika operasi selama 48 jam menyasarkan kegiatan ekstremisme internet pada minggu lalu.

"Mereka mahu ada medium untuk jalankan agenda kumpulan itu sendiri. Ia jelas menunjukkan beberapa anggota Daesh sedang giat mereka platform tersebut," katanya ketika sidang keselamatan di London.

Difahamkan, lebih 2,000 bahan ekstremis yang dihoskan di 52 platform media sosial telah dikenal pasti ketika operasi diselaraskan Europol melibatkan pegawai dari Amerika Syarikat, Belgium, Greece, Poland dan Portugal.

Anggota jihadis didakwa bergantung platform media sosial arus perdana untuk komunikasi dalam talian dan sebarkan propaganda melalui saluran rahsia dan aplikasi mesej Telegram.


0 comments:

share2