Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 5, 2017

QURAN HOUR BUANG PERSEPSI MENGAJI HANYA BERMUSIM


Quran Hour buang persepsi mengaji hanya bermusim



Alor Gajah - Program Quran Hour yang dicetuskan Kumpulan Media Karangkraf menjadi pemangkin kepada kerajaan negeri mengaktifkan kumpulan mengaji di setiap parlimen dalam membudayakan bacaan al-Quran sebagai amalan harian.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md Amin, berkata, lebih penting usaha ini mampu mentrasformasikan minda yang selama ini sering menganggap bacaan al-Quran berkumpulan seperti ini hanya diadakan pada bulan Ramadan melalui aktiviti tadarus dan Majlis Khatam al-Quran.




Menurutnya, melihat kepada program-program Quran Hour, ia membawa satu perubahan dan persepi positif bahawa kumpulan-kumpulan mengaji mahupun persatuan, yang sebenarnya telah lama ditubuhkan di beberapa kawasan di negeri ini boleh berkembang dan terus menjadikan bacaan kitab suci al-Quran seperti ini setiap hari.

Katanya, aktivti mengaji secara berkumpulan ini juga dapat menepis perasaan malu bagi mereka yang kurang celik al-Quran untuk bersama mempelajari kitab suci itu dengan menyertai beberapa persatuan seperti Kumpulan Sahabat Quran, Peminat al-Quran dan banyak lagi di negeri ini.

"Jika tidak kita sering dididik bacaan al-Quran pada bulan Ramadan sahaja itu pun baca pagi kemudian petang dah khatam.

"Seharusnya bacaan Quran ini yang banyak kelebihan ini dijadikan amalan setiap hari dan tidak tidak hanya tertumpu pada bulan-bulan tertentu, secara tidak langsung mampu melahirkan rakyat negeri ini celik Quran bukan sahaja dari segi bacaan, tapi taranum, tajwid, tahsin Quran dan lain-lain katanya.




Yaakub berkata demikian kepada pemberita ketika Program Quran Hour sempena Karnival Kemujizatan al Quran peringkat kebangsaan di Masjid Sayyidina Abu Bakar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tadi.

Hadir sama, Speaker Dun Negeri, Datuk Othman Muhammad.

Program yang bermula jam 8 pagi itu berjaya menghimpunkan lebih 1,000 orang pelbagai peringkat umur termasuk pelajar sekolah, warga emas, warga UTeM, masyarakat setempat, guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan lain-lain lagi.


0 comments:

share2