Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 27, 2017

PEMBANGKANG PAKAR 'U-TURN : DS NAJIB'

Najib



KUALA LUMPUR- Buat kenyataan 'pusingan U' ini perkara biasa bagi pembangkang dan ia bukan satu yang luar biasa,kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Najib, misalnya dalam isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pembangkang yang dahulu menentang pelaksanaannya, kini mula bertukar nada dalam isu ini.

"Banyak lagi U-turn mereka akan buat...ada yang tiga kali U-turn isu yang sama," katanya dalam sidang medianya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pembangkang berkaitan isu GST.

Mengulas lanjut, Najib berkata sebenarnya pembangkang hanya boleh membuat janji kerana mereka tidak perlu memberi bukti dan fakta sebenar.

"Mereka tak pijak atas bumi yg nyata dan tak berasas pada realiti. Mereka boleh cakap apa mereka suka asalkan sedap orang dengar," katanya.

Justeru katanya, pengundi malaysia kena faham pembangkang akan janjikan macam-macam untuk raih sokongan.

"Tapi realitinya mana-mana kerajaan mesti berdiri atas sumber hasil yang kukuh.

"Kalau tiada sumber kukuh kita tak boleh bina sekolah, jalankan khidmat kesihatan, kawal keselamatan dengan anggota polis, tentera untuk beri biasiswa, untuk penjawat-penjawat awam, bayar pencen. Ini semua perlu sumber kewangan," katanya.




0 comments:

share2