Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 27, 2017

GORES TANGAN - JPN TIDAK TERIMA LAPORAN

Gores tangan: JPN tidak terima laporan



PASIR GUDANG - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan siasatan berhubung penularan gambar sekumpulan murid lelaki yang menggores belakang tapak tangan sehingga meninggalkan parut.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima kes tersebut berlaku di negeri ini.

"Difahamkan perbuatan tersebut pernah wujud dan kerap berlaku sekitar tahun 80-an dan 90-an dan dijangkakan memang ada berlaku di sekolah (gores belakang tangan), tetapi di Johor tiada lagi.

"Namun, perbuatan itu adalah gejala lama yang berulang setiap kali anak-anak (murid sekolah) inginkan susuatu kebebasan dan mencabar, selain mewujudkan geng tertentu atau seolah-olah melambangkan persaudaraan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penularan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai perbuatan gores belakang tapak tangan sehingga meninggalkan parut dipercayai sekumpulan murid sekolah berpandukan pakaian seragam digunakan.

Malah, kandungan WhatsApp yang ditularkan juga meminta supaya ibu bapa memerhatikan tangan anak masing-masing serta menasihatkan mereka.

Terdahulu, Ayub merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kedua serta Pelancaran Combi Lane Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, di sini, petang tadi.

Ujar Ayub lagi, bagaimanapun, pihaknya meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung perbuatan tersebut segera melaporkannya kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN.

"Jika sesiapa mengetahui perbuatan ini dilakukan oleh murid-murid, kita minta maklumkannya kepada JPN untuk tindakan segera diambil," katanya.




0 comments:

share2