Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 9, 2017

[KUANTAN] POLIS TAHAN 196 MAT REMPIT

pdrm



Polis menahan 196 penunggang motosikal termasuk seorang penagih dadah yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kesemua penunggang terbabit berusia 19 hingga 30an ditahan dalam operasi mencegah lumba haram yang bermula pukul 1 hingga 5 pagi.

"Penagih dadah lelaki berusia 19 tahun dan tidak bekerja itu diberkas selepas didapati menunggang motosikal secara berbahaya dan cuba melarikan diri sebelum ditahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Polis, katanya, turut mengeluarkan 85 saman membabitkan pelbagai kesalahan

seperti tidak mempunyai lesen memandu, mempamer cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tidak menampal pelekat P dan L serta tiada cermin sisi.

Abdul Aziz berkata, polis juga menyita 29 motosikal untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.





0 comments:

share2