Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 10, 2017

BAS MELAKA UNITED DICONTENG CAT MERAH


Gambar bas pasukan MU diconteng menggunakan cat merah dalam kejadian awal pagi tadi tular di Faceboo


Johor Bahru - Bas pasukan Melaka United (MU) dilaporkan diconteng menggunakan cat merah dalam kejadian awal pagi semalam ketika kenderaan itu diletakkan di pekarangan sebuah hotel sekitar bandaraya ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Sentral jam 5.20 pagi semalam.

"Kami menerima laporan mengenai bas berkenaan yang diconteng menggunakan cat merah oleh individu tidak bertanggungjawab dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi.

"Bas yang digunakan pasukan MU itu diletakkan di Jalan Abdullah Ibrahim dan kejadian disedari oleh pemandunya," katanya.

Sulaiman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dan pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Kenderaan milik Persatuan Bola Sepak Melaka itu digunakan pasukan MU dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin, malam semalam.


0 comments:

share2