Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 10, 2017

[KARAK] GAJAH LIAR BERJAYA DITANGKAP


Gajah liar berjaya ditangkap di Telemong


Seekor gajah liar betina lingkungan umur 20 tahun berjaya ditangkap pasukan dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lancang dalam kawasan hutan berhampiran Telemong Karak di sini, semalam.

Ketua Unitnya, Nasharuddin Othman berkata, haiwan tersebut dikesan sekumpulan anggotanya sejak seminggu lalu ditangkap pada kira kira pukul 4.40 petang.Menurutnya, haiwan tersebut ditangkap oleh pasukannya ketika merayau mencari makanan dalam hutan Telemong bersama sekumpulan lapan hingga 12 ekor gajah liar.

"Gajah betina itu ditembak dengan ubat pelali dan rebah tidak lama kemudian dan kini sedang dirantai dan didalam pemantauan untuk dihantar ke Taman Negara Tasik Kenyir Terengganu.

"Empat hari lepas seekor gajah jantan berat 1.5 ton umur lingungan 15 tahun turut ditangkap dekat hutan yang sama ketika keluar mencari makan bersama kumpulan 10 hingga 12 ekor gajah liar yang sering memasuki kebun penduduk dikampung Chemomoi, Telemong, Karak dan hutan Kemasul serta kawasan sekitarnya," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, di kawasan hutan Kemasul dan sekitarnya terdapat lebih 30 ekor gajah liar yang terbahagi kepada beberapa kumpulan.

"Oleh kerana kawasan habitatnya telah ditebang dan dimajukan dengan projek, haiwan tersebut berpindah mencari kawasan baharu dan akhirnya menceroboh kawasan pertanian penduduk,"katanya.

Nasharuddin berkata, gajah jantan itu telah pun dipindahkan ke kawasan santuari gajah di Tasik Kenyir Terengganu.

Menurutnya, dengan tangkapan tersebut, dua ekor gajah liar berjaya ditangkap dikawasan hutan Telemong dan sekitarnya pada tahun ini.

"Tahun lepas lebih 10 ekor gajah liar berjaya ditangkap daripada kawasan tersebut dan kesemuanya telah dipindahkan ke taman negara Terengganu.

"Gerakan memburu saki baki gajah tersebut sedang diteruskan termasuk untuk menyelamatkan beberapa ekor anak gajah yang dipercayai masih berada dalam kawasan hutan tersebut," katanya.


0 comments:

share2