Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 10, 2017

LELAKI TERJUN SUNGAI DIJUMPAI LEMAS


Lelaki terjun sungai dijumpai lemas


Kota Tinggi - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Sedili semalam berjaya dijumpai kira-kira jam 5.20 petang semalam .Mayat Azizi Amir, 45 dijumpai bot nelayan di hadapan jeti Maritim kira-kira 1 kilometer dari tempat mangsa terjun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut. Terdahulu, mangsa dilaporkan terjun ke dalam sungai tersebut ketika sedang memancing bersama rakannya di Jambatan Haji Mohd Lazim, Sedili Besar.

Mangsa yang beralamat di Kampung Semayong, Sedili Besar dipercayai lemas selepas cuba menyelamatkan botnya yang dihanyutkan arus deras.

Oprasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan semalam disambung pada jam 8 pagi semalam dengan kekuatan 57 orang termasuklah anggota bomba, polis, maritim, jabatan perikanan dan juga nelayan tempatan melibatkan 19 buat bot.


0 comments:

share2