Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 9, 2017

ISTILAH PAN CETUS 'PERANG' DI PARLIMEN

Istilah PAN cetuskan 'perang' di Parlimen



KUALA LUMPUR - Suasana di Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila berlakunya perang mulut di antara Menteri dan ahli parlimen pembangkang.

Kekecohan bermula apabila Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang ketika itu sedang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini acap kali dicelah oleh ahli parlimen pembangkang bagi bertanyakan soalan.

Rentetan daripada itu, soalan panas dan sindir-menyindir berlaku sehinggalah kemuncaknya timbul isu Parti Amanah Negara (Amanah) dirujuk sebagai PAN yang menyemarakkan lagi 'perang' sesama mereka.

"Amanah bukan PAN, bukan udang, ia Amanah," ujar Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Kenyataan Hanipa itu menyusul selepas Noh merujuk ahli parlimen daripada Amanah sebagai ahli PAN.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut mencelah dan mempertahankan penggunaan nama Amanah.

Bagaimanapun, Noh menegaskan tiada undang-undang yang boleh menghalangnya memanggil Amanah sebagai PAN.

"Saya sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang tetap mengatakan Parti Amanah Negara adalah PAN," kata Noh.

Bagi meredakan keadaan, Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said kemudiannya mencelah bagi menghentikan perbalahan itu. 

"Yang Berhormat cukuplah," katanya.

Perang akhirnya berakhir dan perbahasan disambung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.




0 comments:

share2