Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 16, 2017

SERAM! BUAIAN 'BERGOYANG ' SENDIRI


Seram! Budak Menangis Lihat Buaian 'Bergoyang' Sendiri


Siapa yang tidak terkejut apabila melihat buaian bergerak sendiri. Itu yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ketika dibawa ke sebuah taman permainan di Taman Anggerik, Batu 28, Keningau, Sabah.

Menerusi perkongsian Nurul Ashiekin di Facebook, kejadian tersebut berlaku kepada salah seorang anak rakannya yang menangis tidak berhenti apabila dibawa ke taman permainan itu.

“Kawan saya bawa anak dia pergi ke playground di Taman Anggerik itu. Tetapi anak dia menangis-nangis. Dia pun pelik, terus dia bawa anaknya pulang semula ke kereta.

“Dalam perjalanan pulang ke kereta, bila dia tengok taman permainan itu, dia ternampak buaian itu ‘berguyang’ (bergoyang) sendiri.

“Cepat-cepat dia rakam dengan telefon bimbit dan saksikanlah sendiri,” tulisnya.

Ada netizen menganggap buaian itu bergerak sendiri disebabkan tiupan angin kerana keadaan cuaca pada ketika itu mendung.

Tidak kurang jugak yang menganggap rakaman video itu sebenarnya hanya dibuat-buat untuk menakutkan orang ramai.

Namun, jika dilihat dengan lebih teliti memang tidak ada kelibat manusia lain yang berada di taman permainan itu untuk membuatkan buaian itu berayun.

Buaian yang berayun sendiri itu hanya dua buaian sahaja, manakala empat lagi buaian di kiri dan kanan langsung tidak terusik.

Netizen berpendapat ada antara kanak-kanak kecil kadang-kadang boleh melihat benda yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa.

Disebabkan itu, ibu bapa di sarankan tidak membawa anak-anak yang masih kecil keluar ketika waktu senja atau maghrib.




0 comments:

share2