Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 23, 2011

Kerajaan Sedia Ada Adalah Terbaik Untuk Rakyat Malaysia


Pengagihan bantuan Ramadan kepada 1,000 penerima anjuran Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) Pahang diyakini berjaya mengukuhkan gagasan 1Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi dan Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, kepelbagaian etnik, kepercayaan dan warna kulit merupakan satu keistimewaan yang tidak ada di negara lain.

Katanya, konsep bantuan itu wajar dicontohi kerana dalam masyarakat majmuk tiada alasan untuk meminggirkan mana-mana golongan di negara ini.

"Aktiviti kebajikan itu sudah tentu baik dan meringankan sedikit beban mereka selain merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat lain," katanya yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis Pengagihan Bantuan Ramadan Kimma Pahang di Dewan UMNO Mentakab.

Hadir sama Timbalan Presiden Kimma Kebangsaan, Mohammed Mosin Abdul Razak dan Pengerusi Kimma Pahang, Mohd. Musa Noor Mohamad.

Beliau berkata, perpaduan adalah teras yang harus dihayati oleh semua rakyat berbilang kaum kerana ia adalah kunci kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Tambahnya, kemakmuran negara semakin menyerlah terutama pada Ramadan ini apabila bazar Ramadan dikunjungi bukan sahaja umat Islam tetapi juga oleh kaum-kaum lain.

Sementara itu Mohammed Mosin berkata, Kimma Kebangsaan dan Pahang komited membantu golongan tersebut supaya mereka dapat menjalani kehidupan biasa seperti insan lain. - BPUNP

Walaupun UMNO adalah parti politik orang melayu tetapi UMNO tidak pernah menyisihkan mana mana kaum dinegara ini. Malah UMNO turut bersama sama membantu semua rakyat di negara ini tanpa mengira keturunan dan agama.

Ini amat berbeza dengan parti pembangkang dimana mereka hanya membantu ahli parti mereka sahaja. Malah ada yang lebih teruk sesetengah pemimpin mereka langsung tidak menghiraukan kebajikan ahli parti malah rakyat dikawasan mereka.

0 comments:

share2