Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 23, 2017

[MUADZAM SHAH] KEKAL DI PARLIMEN ROMPIN, PAS TAK TOLAK TIGA PENJURU


Kekal di Parlimen Rompin, Pas tak tolak tiga penjuru


Pas Kawasan Rompin mengesahkan akan bertanding kerusi Parlimen Rompin, Dun Tioman dan Bukit Ibam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Keputusan itu dibuat membuktikan parti Islam itu nekad mempertahankan kerusi yang sebelum ini secara tradisi telah ditandingi setiap kali PRU dan tidak menolak berlaku pertembungan tiga penjuru dengan parti pembangkang lain.

Yang Dipertuanya, Nazri Ahmad, berkata, status quo berkenaan akan dipertahankan walaupun terdapat Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bersatu di kawasan parlimen itu.


Menurutnya, setakat ini belum ada sebarang rundingan dilakukan dengan kedua parti itu dan persediaan yang dilakukan Pas kini sepenuhnya atas kapasiti parti sahaja dengan mengukuhkan jentera pilihan raya.

“Persediaan untuk menghadapi PRU14 dilakukan tidak melibatkan mana-mana parti lain, kita kini fokus dalam memperkasa jentera parti terutama di peringkat akar umbi yang telah berjaya dipulihkan melalui program dalaman dan dialog penjelasan oleh pimpinan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran Himpunan Jentera Pilihan Raya Pas Kawasan Rompin di Kompleks Tarbiyah Islamiyah (Komtis) Kampung Alai, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Naib Presiden pas, Idris Ahmad.

Nazri yang juga Ketua Penerangan Pas Pahang turut tidak menolak kemungkinan parti itu akan meletakkan calon bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi parti pembangkang lain di negeri itu.

Beliau berkata, melalui Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri, semua kawasan diarahkan supaya bersiap siaga dengan membuka bilik gerakan, mengadakan himpunan dan mesyuarat bersama jentera secara berkala.

“Di kawasan lain Pas tetap akan bertanding di tempat yang telah ditandingi sebelum ini, dan sebagaimana parti pembangkang lain akan kemungkinan bertanding di kerusi Pas, kita (Pas) juga tidak menolak menolak kemungkinan bertanding di kerusi mereka,” katanya.

Diminta mengulas mengenai sokongan kepada Pas, beliau menjelaskan Pas merupakan antara parti yang stabil berbanding parti lain termasuk Umno dan Bersatu manakala Pakatan Harapan masih tidak selesai dengan isu pembahagian kerusi.

“Pas dilihat sebagai parti yang berada di landasan tepat berbanding yang lain, sebagai bukti antara kejayaan pimpin adalah Himpunan RUU355 di Padang Merbok baru-baru ini," katanya.


0 comments:

share2