Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 23, 2017

MASJID KAMPUNG RAHMAT TERIMA VAN JENAZAH


Masjid Kampung Rahmat terima van jenazah


Setiu - Urusan pengendalian jenazah di Masjid Kampung Rahmat, di sini, menjadi semakin lancar selepas ini dengan adanya sebuah van jenazah bernilai kira-kira RM130,000 disumbangkan kepada pihak masjid untuk dimanfaatkan penduduk kampung dan sekitarnya.

Van tersebut diserahkan Jabatan Pembangunan Persekutuan selaku pemegang amanah pembelian van melalui pengarahnya, Datuk Nik Nasaruddin Mohd kepada Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh yang kemudian diserahkan kepada penaung masjid, Syed Mohd Firdaus Othman.

Menurut Nik Nasaruddin, van yang telah diubahsuai itu diharapkan dapat memberi banyak manfaat serta kemudahan kepada penduduk kampung berkenaan dan komuniti sekitar dalam menguruskan jenazah dan kenderaan itu harus dijaga sebaik mungkin.

“Pemberian van jenazah sumbangan Pejabat Ahli Parlimen Setiu ini sebagai satu usaha murni kerajaan kepada masjid-masjid yang memerlukan. Selepas ini juga, beberapa buah masjid lain lagi di Parlimen Setiu ini akan turut mendapat kemudahan van jenazah ini.

“Kita harapkan, pengurusan masjid sentiasa pastikan van ini dalam keadaan baik agar dapat digunakan bagi jangka masa lama sekali gus terus dimanfaatkan lebih ramai penduduk. Sumbangan ini juga bersesuaian dengan tahun 2017 sebagai tahun memberi perkhidmatan,” katanya.


0 comments:

share2