Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 11, 2017

MB PAHANG UCAP TAKZIAH BUAT KETUA MENTERI SARAWAK


KUANTAN - Pelbagai pihak hari ini menzahirkan ucapan takziah mereka kepada seluruh kaum keluarga Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia petang tadi.

Tidak ketinggalan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob juga turut merakamkan ucapan takziah kepada Allahyarham melalui laman facebooknya, Adnan Yaakob hari ini.
"Dengan penuh kesedihan dan dukacitanya rakan seperjuangan saya YAB Ketua Menteri Sarawak telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.20 tengahari tadi di Hospital Jantung Samarahan. Al fatihah." jelas kenyataan yang dikeluarkan melalui laman facebook tersebut hari ini.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 tengah hari tadi.

Berita berkaitan dengan pemergian Ketua Menteri Sarawak itu telah disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, yang juga pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung HUS kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

0 comments:

share2