Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 11, 2017

[JERANTUT] ANGGOTA PKGK KUALA GANDAH BURU 17 GAJAH LIAR


Gangguan gajah liar berkurangan


Tujuh anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang kini giat memburu sekumpulan 17 ekor gajah liar yang memusnahkan tanaman di Kampung Bukit Rang Pulau Tawar minggu lepas.

Ketua Unit Pusat Konversasi Gajah Kebangsaan Nasharuddin Othman berkata kumpulan gajah itu akan dihalau kembali ke kawasan asal mereka bagi menjamin keselamatan penduduk.

"Setakat ini kami hanya menemukan tapak kaki dan juga najis kumpulan gajah ini dan kami akan giatkan usaha memburu mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama beliau menasihati penduduk agar tidak mengambil tindakan sendiri termasuk memburu dan menghalau gajah liar kerana perbuatan itu boleh mengancam nyawa terutama jika berdepan dengan gajah yang cedera.

Sementara itu Ketua Kampung Bukit Rang Sharuddin Idris berkata kira-kira 20 hektar tanaman ubi, tebu, pisang, nenas dan betik milik penduduk kampung musnah dirosakkan oleh kumpulan gajah liar itu minggu lepas.

"Sejak kumpulan gajah liar itu memasuki kampung minggu lepas, penduduk kampung risau dengan keselamatan terutama setiap kali keluar ke kebun," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada PKGK yang bertindak pantas membantu penduduk menangani masalah gajah liar tersebut.


0 comments:

share2