Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 11, 2017

CACING 'MELIMPAH' SELEPAS BANJIR SURUT


Cacing 'melimpah' selepas banjir surut


Huku Terenagganu - Cacing 'melimpah' selepas banjir surut, itu fenomena baharu yang berlaku di Hulu Terengganu.

Menurut Wan Hasmah Abas,53, fenomena seumpama itu merupakan kejadian pertama yang berlaku di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

"Kejadian ini merupakan kejadian pertama kali berlaku, sejak berbelas tahun dahulupun saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

"Cacing ini berwarna merah gelap,panjang, dan sangat licin...bukan seperti cacing yang biasa orang buat umpan untuk memancing," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Katanya kawasan kampung itu dilanda banjir selama empat hari.

"Sebelum banjir besar itu dah ada yang keluar (cacing), tetapi selepas banjir surut ia melimpah keluar," katanya lagi.

Kejadian banjir berlaku di Terengganu bermula pada 31 Disember lalu, ianya kembali pulih sepenuhnya (di semua kawasan) pada 9 Januari 2017.

Sumber

0 comments:

share2