Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 16, 2017

KES ROTAVIRUS DI BALING SELESAI


Rotavirus


Baling - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan jumlah kes acute gastroenteritis (AGE) akibat jangkitan Rotavirus dan mempunyai sejarah mengunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah 86 orang sehingga kelmarin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes baru dilaporkan sejak 11 Februari lalu dan dua pesakit akhir yang dirawat di hospital telah didiscaj.

"Tiada kes dehidrasi teruk atau kematian dilaporkan dalam kejadian ini. Pemantauan kes AGE akan diteruskan sehingga hari ini sebelum wabak ini disahkan tamat.

"Siasatan di pusat rekreasi ini mendapati tiada kebocoran terhadap sistem pengurusan air kumbahan dan tahap kebersihannya adalah memuaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlakunya pencemaran melibatkan air kolam pusat rekreasi itu pada 29 Januari dan 30 Januari lalu.

"Punca pencemaran mungkin dari pengunjung yang kurang kesedaran berkaitan kebersihan diri. Kolam-kolam tersebut telah dicuci pada pagi 31 Januari 2017.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini, terutamanya tidak memasuki ke dalam kolam sekiranya mempunyai gejala cirit-birit dan dinasihatkan kanak-kanak tidak dibawa masuk ke kolam dengan memakai lampin pakai-buang," katanya lagi.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di sini ditutup sementara susulan enam kes kanak-kanak dimasukkan ke Hospital Kulim disyaki dijangkiti Rotavirus selepas mandi di pusat berkenaan sejak 1 Februari lalu.

Bagaimanapun pusat rekreasi itu disahkan selamat dan telah dibuka semula kepada pengunjung pada 6 Februari lalu.


0 comments:

share2