Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 12, 2017

CCTV JIRAN ANDA MUNGKIN INTIP ANDA


CCTV jiran anda mungkin intip anda


Langkah proaktif seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) dianggap meningkatkan lagi keselamatan dan risiko kediaman atau perusahaan dipecah masuk atau diceroboh.

Lain pula jadinya apabila CCTV dipasang untuk mengintip gerak-geri jiran sendiri.

Isu pencerobohan privasi di Singapura semakin menjadi-jadi dan berpotensi menjadi punca perbalahan di kawasan kediaman dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Menurut laporan Straits Times, Ng Jung Wei, 28 yang tinggal di Ang Mo Kio membuat aduan kepada kerajaan tempatan selepas menyedari CCTV jirannya dipasang menghalang ke pintu rumahnya.

Jirannya mendakwa Jun Wei sering menimbulkan bunyi bising dan 'berkelakuan tidak elok'.

Jun Wei 'membalas dendam' dengan memasang sistem CCTV sendiri dan kedua-dua pihak mula bertelagah, selain membuat beberapa laporan polis.

Menurut peguam, Rajan Supramaniam berkata terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus kes yang sama.

Rajan sendiri mendakwa sudah menguruskan lima kes menyatakan kamera CCTV jiran merakam pergerakan mereka.

"Ada garis panduan mengatakan jangan halakan kamera ke rumah atau bilik tidur jiran. Itu adalah pencerobohan privasi" kata Rajan.

Rajan menambah, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga SG$1,000(RM3,108.18).

Lebih merisaukan apabila CCTV digunakan untuk tujuan salah lain, seperti mencabul kehormatan wanita dengan niat jahat untuk menyebarkan video rakaman.


0 comments:

share2