Dana berjumlah RM150,000 diperlukan bagi membina surau Sekolah Kebangsaan Gambang yang baharu memandangkan surau sedia ada semakin uzur dan tidak mampu menampung 400 murid.
Surau kayu yang dibina pada tahun 1980 an itu semakin dimakan usia dan hanya mampu memuatkan 20 orang sahaja dalam satu-satu masa.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Gambang, Md Abdu Sahak berkata, pihaknya merancang untuk membina surau baharu yang lebih selesa dan dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah.
Menurutnya, murid yang mengikuti Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) pada sesi petang menggunakan surau berkenaan untuk menunaikan solat Asar.
“Bagaimana pun, dengan jumlah murid hampir 400, surau berkenaan tidak dapat menampung murid yang ada, sebaliknya terpaksa menunggu giliran untuk solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Surau SK Gambang, Bank Rakyat di nombor 22-113-118066-3.
0 comments:
Post a Comment