Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 7, 2017

GAMBAR HARIMAU BEREHAT DEKAT LPT2 JADI VIRAL


Gambar Harimau Berehat Dekat LPT2 Jadi Viral


Sekeping gambar memaparkan seekor harimau sedang berehat di Bukit Besi, Dungun, Terengganu berhampiran Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menjadi tular di laman sosial, sejak semalam.

Gambar itu dikatakan dirakam oleh pemandu yang menggunakan lebuhraya berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) turut mengesahkan menerima laporan kewujudan haiwan terancam itu.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Petugas dan pegawai Perhilitan Negeri juga sudah diarahkan melakukan pemantauan di lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat.

“Walaupun maklumat yang menjadi tular itu belum dapat disahkan lagi namun PERHILITAN sudah mengambil tindakan segera di lokasi didakwa harimau itu berada.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada PERHILITAN termasuk kehadiran individu disyaki pemburu haram,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, Perhilitan Negeri juga telah memasang perangkap sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam kejadian 6 Februari tahun lalu, seekor harimau bunting dilaporkan mati selepas dilanggar sebuah MPV di Kilometer 321.2, LPT2.


0 comments:

share2