Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 4, 2017

DBKL SEDIA KHIDMAT BAS SEKOLAH PERCUMA


DBKL


Kuala Lumpur - Setiap tahun Hamidah Abdul Latif perlu membelanjakan lebih RM2,000 bagi membiayai tambang perkhidmatan bas sekolah tiga anaknya untuk berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari.

"Itu belum termasuk perbelanjaan dan komitmen lain seperti sewa rumah, perbelanjaan dapur, yuran sekolah dan sebagainya... tambang sekolah saja sudah memakan lebih 10 peratus gaji saya dan suami," luah pembantu kedai berusia 38 tahun itu ketika ditemui Bernama di projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini hari ini.

Kini dengan adanya perkhidmatan bas sekolah secara percuma yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala LUmpur (DBKL) untuk anak-anak penghuni PPR dan Perumahan Awam (PA) bermula semalam, Hamidah boleh menarik nafas lega kerana beban yang ditanggung selama ini dapat dikurangkan.

Hamidah merupakan antara ibu bapa 6,500 anak-anak penghuni yang mendapat manfaat itu.

Sebanyak 165 bas disediakan kerajaan bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di 74 buah PPR dan PA di sekitar ibu negara melibatkan peruntukan RM80 untuk setiap pelajar.


0 comments:

share2