Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 4, 2017

BAS MAHKAMAH BERGERAK BUKAN UNTUK PESALAH TRAFIK


Bas Mahkamah Bukan Untuk Pesalah Trafik


Kecoh di media sosial apabila beberapa keping gambar yang memaparkan sebuah bas dikatakan dijadikan mahkamah bergerak bagi membicarakan kes pesalah trafik.

Sudah tentu ia menimbulkan kegusaran kepada pesalah trafik yang pernah melakukan kesalahan ataupun masih gagal menjelaskan saman tertunggak mereka.




Perkongsian netizen di media sosial memaparkan tiga keping gambar menunjukkan keadaan dalam dan luar bas tersebut dengan kapsyen menjelaskan bas itu adalah untuk perbicaraan pesalah trafik yang melakukan kesalahan.

Kononnya, dengan adanya bas tersebut pesalah trafik dapat segera dibicarakan atas kesalahan yang dilakukan ketika sekatan jalan raya dijalankan.

Antara kapsyen yang dikongsikan adalah “Banyak sangat saman tak bayarkan, sekarang mohon ikut had laju setiap kawasan kalau tak nak kena saman, ada yang memerhati,” tulis netizen.

“Pasni standby duit sebab pesalah trafik akan dibicarakan segera bagi sebarang kesalahan kecil,” tulis netizen.




Bagaimanapun, berita baik kepada pesalah trafik kerana bas yang dikatakan mahkamah bergerak untuk pesalah trafik itu sebenarnya ialah bas mahkamah untuk masyarakat tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bilik Bicara Mahkamah Bergerak tersebut dimulakan di Sabah pada 2007 dan kini mempunyai tiga mahkamah bergerak sementara di Sarawak untuk permulaan disediakan sebuah bas pada tahun 2016.




Menerusi bas mahkamah bergerak ini, masyarakat di pedalaman tidak perlu ke bandar di negeri masing-masing sebaliknya mahkamah akan datang kepada mereka untuk memberi perkhidmatan.

Antara yang disediakan pihak bas mahkamah ialah pesuruhjaya sumpah atau membantu untuk penyediaan permohonan mendapatkan sijil kelahiran.

Bas tersebut malah lengkap dengan kemudahan komputer, satelit yang memudahkan pengurusan rakyat di kawasan pedalaman.


0 comments:

share2