Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 4, 2017

[KUANTAN] PPD SASAR TANGANI MURID BUTA HURUF


PPD Kuantan sasar tangani murid buta huruf


Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan akan memberi fokus terhadap usaha mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah tahun ini.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd Razali Mustafar berkata, usaha itu adalah bagi memastikan sasaran sifar buta huruf dapat dicapai menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya , pelaksanaan itu akan berpandukan kepada modul yang disediakan iaitu 'Kawanku' bagi mereka yang tidak dapat menguasai 3M (membaca, mengira, menulis) manakala modul 'Celik al-Quran' (CAQ) untuk mereka yang tidak menguasai al-Quran.

"Kita optimis dapat mencapai sasaran tersebut kerana modul berkenaan akan digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) seawal tahun satu.

"Berdasarkan statistik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, seramai 133 gagal menguasai kemahiran satu dan dua iaitu asas membaca, mengira dan membaca sehingga memperoleh 6E," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Razali berkata, melalui modul itu, penilaian ke atas murid sasar akan dibuat selewat-lewatnya pada Julai depan.

"Murid sedia ada dan di tahun satu akan dipastikan dapat menguasai kelemahan berkenaan.

"Selain 3M, sejumlah 9,915 murid di sekolah rendah dan 3,451 di sekolah menengah tidak menguasai Iqra' 3," katanya.

Katanya, segala kelemahan itu akan diatasi melalui usaha bersama dengan pihak terlibat.

Sementara itu katanya, semua 129 sekolah menengah dan 83 sekolah rendah akan melaksanakan Pembelajaran Abad 21 (PA21) pada tahun ini.

"Dengan pelaksanaan PA 21, ia akan lebih berfokus kepada murid seperti belajar dalam kumpulan dan sebagainya,"katanya.


0 comments:

share2