Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 14, 2016

NENEK DISIASAT, JUAL PATUNG DISANGKA BAYI SEBENAR


Nenek Disiasat, Jual Patung Disangka Bayi Sebenar


Ia kelihatan seperti seorang bayi yang sedang nyenyak tidur, namun sebenarnya ia adalah anak patung dan dijual oleh Kathy Cadle.

Disebabkan keadaan itu, Kathy yang menetap di Ohio terpaksa meyakinkan pihak polis bahawa dia bukan menjual bayi yang sebenar sebaliknya hanya anak patung.




“Kami menerima laporan awak menjual bayi,” demikian cerita Kathy apabila dia didatangi polis ketika Kathy sedang bersembang secara dalam talian dengan cucunya.


“Awak bergurau,” soal Kathy kepada polis terbabit. Kathy juga kemudiannya mendapat tahu bahawa polis sebelum itu telah mengambil keterangan daripada rakan-rakannya selepas pihak berkuasa mengesyaki dia terlibat dalam pemerdagangan manusia.

Akhirnya selepas siasatan dijalankan, Kathy disahkan tidak bersalah atas tuduhan menjual bayi secara dalam talian.

Mengulas mengenainya, Kathy berkata, membuat anak patung merupakan satu amalan tradisi keluarganya yang diajar oleh ibunya, Dolores. Ia dijual di bawah syarikat Bunny Bundles Reborns.

Anak patung itu dijadikan sebagai terapi kepada pesakit nyanyuk dan Alzheimer.


0 comments:

share2