Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 13, 2016

MAYAT HAMPIR REPUT DITEMUI DI BAWAH JAMBATAN


mayat


Kota Bharu - Mayat seorang lelaki ditemui di bawah jambatan Sungai Kelantan di Kampung Tendong, Pasir Mas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, mayat lelaki tersebut ditemui terapung bersama timbunan kayu dan sampah oleh seorang pengayuh basikal yang kebetulan melalui jambatan itu.

"Polis menerima panggilan jam 9.30 pagi mengenai penemuan mayat yang hampir reput itu, yang dipercayai meninggal dunia lebih daripada tiga hari lalu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk bedah siasat dan setakat ini, polis tidak menerima laporan mengenai orang hilang daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, pengayuh basikal, Mohd Erman Abdullah, 25, berkata, dia melihat mayat terbabit selepas berhenti untuk mengambil gambar Swafoto di atas jambatan berkenaan.

Dia kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat tersebut.


0 comments:

share2