Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 13, 2016

JANGAN CETUSKAN SPEKULASI KEMALANGAN LPT2


LPT2 berdarah: Lima maut, lima parah


Kemaman - "Jangan cetuskan spekulasi dan andaian kemalangan di LPT 2 semalam," kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Ir Rosli Othman.

Beliau berkata kemalangan yang mengakibatkan enam maut di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT 2) itu dipercayai berpunca daripada kerosakan tayar, dan bukan disebabkan faktor jalan di kawasan terbabit.

"Saya minta orang ramai hentikan andaian. Biar pihak bertanggungjawab lakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Orang ramai tidak perlu mendahului pihak berkuasa dengan menyebarkan andaian punca kemalangan itu kerana mendatangkan kesengsaraan kepada keluarga," katanya kepada pemberita ketika menziarahi jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini.

Rosli, yang juga Adun Kemasik, turut membantu keluarga mangsa dengan menyediakan van jenazah bagi menghantar kesemua mangsa ke Marang dan Shah Alam.

Dalam kejadian itu, enam sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terlanggar tiang jambatan.

Insiden itu turut mengakibatkan empat lagi mangsa termasuk pemandu cedera parah.


0 comments:

share2