Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 7, 2016

SYED SADDIQ TAK LAYAK LANGSUNG NASIHAT SULTAN


Syed Saddiq Abdul Rahman


Kuala Lumpur - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun minta Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab dahulu soalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Farhan Khairuddin mengenai kekayaan segera beberapa individu sebelum membangkitkan isu rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata, pemimpin muda itu juga disifatkan tidak layak langsung untuk memberi nasihat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu berkaitan.

“Saya mahu Syed Saddiq jawab dahulu soalan Farhan Khairuddin. Saya tertarik dengan surat terbuka beliau yang menyentuh perkara skandal rasuah berskala besar dan salah guna kuasa.

“Oleh itu saya minta agar Syed Saddiq segera jawab soalan bagaimana anak-anak Dr Mahathir iaitu Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz boleh menjadi instant multi-billionaire?," katanya.

Khairul Azwan berkata, jika pemimpin parti baharu tidak mampu atau enggan menjawab soalan tersebut, maka Syed Saddiq tidak layak untuk menasihati Sultan Johor.

Sebelum ini, Syed Saddiq dalam satu surat terbuka kepada Sultan Johor menerangkan mengenai hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.

Surat terbuka di laman peribadi Facebook Syed Saddiq itu dipercayai dibuat selepas Sultan Ibrahim menitahkan larangan untuk mengadakan sebarang perhimpunan jalanan di Johor kerana akan mencetuskan perpecahan kaum di negeri itu.


0 comments:

share2