Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 8, 2016

[MARAN] SALUR RM7.8 JUTA MENERUSI JKM


Salur RM7.8 juta menerusi JKM


Sejumlah RM7.8 juta bantuan diberikan kepada warga emas, kanak-kanak dan OKU, di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jumlah itu disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 26,861 orang sehingga September, tahun ini.

Menurutnya, turut mendapat bantuan tunai ialah penjaga OKU, pesakit kronik terlantar, bantuan OKU tidak bekerja dan bantuan am.

“Peruntukan besar JKM itu adalah manifestasi keikhlasan dan keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan berkenaan menjalani kehidupan selesa dengan sokongan orang ramai serta masyarakat dan kerajaan.

“Oleh itu mana-mana keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU, warga emas, pesakit terlantar perlu melaporkan kepada JKM untuk diberi pertimbangan bantuan kewangan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Gema Kasih dan Komuniti Anda Di Hati Kami peringkat Negeri Pahang di Pekan Sungai Jerik, di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin, Ketua Pengarah JKM Malaysia, Datuk Zulkiply Ramli dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Tahar.

Adnan berkata, program tersebut dapat menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dalam kalangan anggota masyarakat dengan pelbagai aktiviti kebajikan serta pendamping sosial.

“Penglibatan pelbagai agensi, sektor korporat dan pertubuhan sukarela kebajikan dalam program khidmat sosial kepada komuniti akan memastikan setiap lapisan golongan tidak terpinggir menerima bantuan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus beri bantuan kepada golongan sasar bagi mengatasi bebanan mereka serta tidak akan pilih kasih atau berhenti memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


0 comments:

share2