Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 8, 2016

ELAK ANAK JADI MANGSA PEDOFILIA




Disebabkan mendedahkan identiti mereka dalam laman sosial, kanak-kanak dan remaja bawah usia 18 tahun tanpa disedari mudah terperangkap dan menjadi mangsa golongan pedofilia.

Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Ahmad Izham Omar, berkata, memang tidak dinafikan, Malaysia tergolong sebagai antara negara yang paling minat melayari laman sosial seperti Wechat dan di sinilah segala maklumat dan identiti pemiliknya mudah diperoleh sesiapa sahaja termasuk pedofilia yang mempunyai muslihat yang tertentu.

Ketika diwawancara oleh China Press, Ahmad Izham memberitahu, antara modus operandi utama golongan pedofilia dalam mencari mangsa-mangsa mereka adalah melalui ruang siber.

"Selain mendapat tahu identiti, pedofilia ini juga mudah mengesan aktiviti seseorang apabila ada yang gemar mengemaskinikan aktiviti harian mereka dalam laman sosial.‎

"Di sinilah boleh mendapati sebahagian rakyat di negara kita kurang pengetahuan mengenai keselamatan ketika menggunakan talian internet. Golongan kanak-kanak ini tidak boleh sekali-kali dibiarkan melayari internet tanpa pengawasan ibu bapa," katanya.

Pada awal Jun tahun ini, negara digemparkan dengan berita pesalah pedofilia, Richard Huckle yang juga warga Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London selepas didapati bersalah terhadap 71 pertuduhan berkaitan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Beliau berkata, kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa serta remaja yang kerap tidak mendengar nasihat keluarga adalah antara golongan yang mudah menjadi mangsa pedofilia.


0 comments:

share2