Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 17, 2016

[KUANTAN] LESEN TAMAT TEMPOH


Lesen tamat tempoh


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas 450 tong gas memasak berkapasiti 14 kilogram yang dipercayai dijual tanpa lesen sah hasil serbuan ke atas sebuah premis pemborong di kawasan perindustrian Gebeng, di sini kelmarin.

Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri, Alwi Abdul Hamid berkata, hasil serbuan itu, pihaknya turut menemui dan merampas 830 tong masih kosong dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM45,000.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lesen pemborong terbabit sudah tamat tempoh sejak April lalu dan tidak diperbaharui untuk mengedarkan gas di sekitar daerah ini.

“Kegiatan itu terbongkar apabila kita menemui bekalan gas tersimpan di belakang premis tersebut semasa serbuan yang pada mulanya untuk memeriksa bekalan minyak masak.

“Kita syak berlaku perlanggaran peraturan apabila terdapat banyak bekalan tong gas tersimpan dalam stor premis itu dan hasil pemeriksaan mendapati lesen jual beli tong gas tidak diperbaharui sejak tujuh bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi penguatkuasaan dan penyitaan di sebuah premis, di sini kelmarin.

Alwi berkata, pemborong didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menyimpan bekalan gas memasak tanpa lesen sah.

Katanya, jika sabit kesalahan, syarikat itu boleh didenda maksimum RM1 juta di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961.


0 comments:

share2