Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 13, 2016

KENAL PASTI MUSUH POLITIK


Kenal pasti musuh politik


Langkawi - Umno Langkawi diminta untuk mengenal pasti musuh politik yang terdapat di sekeliling mereka di samping mengelakkan krisis dalaman sebagai persediaan menghadapi PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, musuh politik ada di mana-mana dan menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk mengenal pasti siapa kawan, siapa lawan.

“Kita perlu kenal pasti musuh yang ada di Langkawi, agar kita berwaspada dan berhati-hati dengan pergerakan mereka supaya tindakan awal boleh diambil.

“Ahli Umno juga perlu bijak mengurus krisis, sekarang bukan masa untuk kita berpecah - belah disebabkan krisis dalaman atau sebagainya, yang menjadi keutamaan adalah hala tuju parti kita,” katanya ketika berucap di Konvensyen Umno Bahagian Langkawi, semalam.

Menurutnya, ahli Umno juga digesa melakukan gerak kerja bermati-matian kerana masa semakin suntuk menghadapi PRU yang dijangka pada tahun hadapan.

“Kita tidak boleh bergerak dengan momentum yang biasa, kita perlu dekati anak muda dan tarik perhatian mereka terhadap parti kita.

“Manakala setiap program yang dijalankan pula perlu mempunyai nilai tambah dan disesuaikan mengikut lokaliti setempat.

“Apa yang lebih penting, biar rakyat nampak apa yang kita perjuangkan itu, sebenarnya kita memperjuangkan hak mereka,” katanya.


0 comments:

share2