Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 7, 2016

CHOCO SLIM BANTU TURUNKAN BERAT BADAN




Kuala Lumpur: Nuraz Nayla Trading (NNT) menyasarkan jualan satu juta botol produk makanan kesihatan keluarannya iaitu Slim Choco SC by Nayla dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengasasnya, Mohd Nazrin Ismail berkata, syarikat yakin mampu mencapai angka jualan itu menerusi perluasan rangkaian pemasaran di seluruh negara dengan menyasarkan pelantikan sehingga 500 stokis dan ejen di seluruh negara menjelang Disember 2017.

“Kami melihat kelebihan dan keunikan produk kami turut membantu menjana jualan dan menarik penyertaan lebih ramai stokis di mana ia mendapat sambutan menggalakkan meskipun hanya sebulan berada di pasaran,” katanya.

Slim Choco SC by Nayla adalah produk coklat pertama dalam bentuk tablet yang dihasilkan bagi membantu menurunkan berat badan dan menghilangkan perut buncit dalam tempoh masa singkat.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook (Nayla Slimfit Online Shop) atau Slimchoco SC by Nayla Slimfit dan Instagram (Slimchoco by Nayla).

Beliau berkata, syarikat mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang berminat menjadi stokis dan ejen dengan menawarkan pakej pada harga serendah RM700 hingga RM10,300.

Menurutnya, penyertaan terbuka kepada individu diseluruh negara di mana syarikat menawarkan perkongsian keuntungan sehingga 40 peratus kepada mereka yang menjadi ejen dan stokis.

“Kami yakin produk ini mendapat sambutan kerana ia bukan sahaja unik, malah dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) selama empat bulan di kilang yang banyak menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan,” katanya.

Pengasas Bersama NNT, Ahmad Afifi Yaakob berkata, produk itu diformulasikan dengan 10 faedah tambahan seperti meningkatkan metabolisme dan antipenuaan.


0 comments:

share2