Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 1, 2016

CECAIR MERKURI TUMPAH DI KILANG KICAP


Ceceair merkuri tumpah di kilang kicap


Batu Gajah - Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke sebuah kilang kicap bagi membersihkan ceceair merkuri selepas satu termometer pecah, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md Zin berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4 petang.

"Siasatan mendapati termometer yang mengesan suhu bilik pemprosesan jatuh dan pecah menyebabkan merkuri berselerakan di lantai premis. Bahan itu tidak disentuh oleh pekerja kilang dan tiada kecederaan.

"Anggota bertindak memakai pakaian operasi lengkap beserta alat pernafasan melakukan pencarian tompok merkuri dan menabur sulfur untuk tujuan penyerapan," katanya.

Menurutnya, tompokan sulfur dan merkuri berkenaan dimasukkan ke dalam beg plastik diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk dilupuskan.

"Anggota membuat bilasan di kawasan bilik berkenaan dengan cecair peluntur.

"Manakala, anggota menjalani proses nyahcemar dengan 'flushing' pakaian dan peralatan yang digunakan," katanya yang tamat operasi kira-kira jam 5.44 petang.


0 comments:

share2