Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 1, 2016

JUMPA 6 JUTA RANGKA MANUSIA DI KUBUR BAWAH TANAH


Jumpa 6 juta rangka manusia di kubur bawah tanah


Paris - Digelar ‘Indiana Janes’ di dunia realiti, Alison Teal, 30, dari Hawaii menjadi manusia pertama yang meluncur di kubur bawah tanah Catacomb.

Dia juga yang merupakan seorang pembuat filem menceritakan pengalamannya sewaktu di kubur bawah tanah tersebut bersama dengan krew dan juga pakar.

“Kami dibawa ke sebuah lorong rahsia oleh pakar membuatkan kami rasa seperti dalam filem James Bond.

“Kubur tersebut menjadi semakin jauh ke dalam sehingga kami harus merangkak untuk melaluinya. Selain itu, oksigen juga semakin terhad membuatkan kami sukar untuk bernafas serta jarak penglihatan juga berkurang,” katanya kepada Dailymail.co.uk.

Catacomb merupakan satu perkuburan bawah tanah terbesar di dunia merangkumi enam juta rangka manusia di dalamnya.

Beliau juga turut menceritakan bagaimana beliau dan krew lain terperangkap di dalam kubur tersebut.

“Setelah mengambil gambar bersama dengan papan luncur, saya dan krew terkejut apabila mendapati air telah naik secara mendadak membuatkan kami tidak boleh melalui jalan asal.

“Kami harus mengharungi air untuk pergi ke kawasan di seberang untuk keluar,” katanya lagi.

Ekspedisinya itu kini bertukar menjadi satu pengalaman untuk menyelamatkan diri.

“Akhirnya kami semua terpaksa berenang untuk melalui kubur itu serta dengan sedikit jurang sahaja di ruangan atas untuk kami mengambil nafas.

“Ia sangat menakutkan hingga saya terpaksa menghentikan rakaman kerana keselamatan diri lebih penting,” katanya.

Dia juga turut menasihatkan agar tidak mencuba aksi ini kerana ia sangat berbahaya. Teal juga melakukan banyak persediaan untuk melakukan ekspedisi ini.

Bagaimanapun, ini bukanlah aksi gila pertama yang dilakukan oleh Teal, dia sebelum ini telah mengembara ke lebih 40 buah negara di seluruh dunia melakukan pelbagai aksi.

“Pengalaman paling menarik saya lalui adalah ketika saya bekerjasama dengan peluncur profesional Peru untuk satu pengembaraan di kawasan pantai yang sepi.

“Secara tidak sengaja kami berjumpa dengan sebuah perkuburan purba pre-Incans berdekatan dengan laut,” katanya lagi.


0 comments:

share2