Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 1, 2016

BELANJAWAN 2017 SELANGOR BERSIFAT RETORIK


Sidang Dun Selangor


Shah Alam - Belanjawan 2017 Selangor yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersifat retorik dan tiada apa yang boleh dibanggakan.

Adun Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, Kerajaan Selangor banyak membuat pelbagai cadangan melalui peruntukan yang diumumkan.

"Mereka umum banyak perkara, cakap cepat namun pelaksanaannya lambat.

"Saya nampak mereka cuba mempengaruhi emosi rakyat dengan menghidangkan pelbagai penambahbaikan," katanya kepada Pemberita ketika ditemui di lobi Sidang Dun, di sini, semalam.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor berkata, kerajaan negeri juga sebenarnya gagal dalam menguruskan bab pengangkutan di negeri ini.

"Semata-mata nak popular dia kembangkan lagi perkhidmatan Bas Smart Selangor dengan penambahan peruntukan daripada RM10 juta kepada RM20 juta lagi.

"Pada masa yang sama, mereka gagal mengeluarkan 'blue print' sepertimana yang dijanjikan pada Sidang Dun yang lepas.

"Kita tak nampak 'blue print' itu tetapi dia lebih mengutamakan Bas Smart Selangor yang mempunyai jalan terhad walhal masalah pengangkutan peribadi masih gagal diselesaikan hingga kini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, belanjawan itu juga cuba meniru apa yang telah dilaksanakan kerajaan persekutuan seperti skim perumahan, dan skim sewa beli untuk pangsapuri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum itu membentangkan Bajet Selangor 2017 berjumlah RM3.45 bilion yang mana daripada jumlah tersebut, RM1.65 bilion atau 47.8 peratus diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2 peratus‎ bagi perbelanjaan pembangunan. ‎


0 comments:

share2