Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 11, 2016

BEKAS AHLI PARLIMEN BN BUAT LAPORAN TWEET FITNAH KERAJAAN


Ahli Parlimen BN buat laporan tweet fitnah kerajaan


Ipoh - Bekas Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membuat laporan polis, hari ini selepas mendapati terdapat akaun Twitter palsu menggunakan nama dan gambarnya serta memuat naik tweet berunsur negatif tentang kerajaan.

Raja Ahmad Zainuddin, 60, berkata, perkara itu disedari, semalam sebaik menerima panggilan daripada seorang rakan yang memaklumkan beberapa tweet telah dimuat naik oleh satu akaun atas nama Raja Ahmad Zainuddin, menghentam usaha kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurutnya, perkara itu agak mengejutkan kerana beliau sudah tidak aktif di laman twitter meskipun pernah mempunyai akaun sendiri.

“Saya pun tidak tahu perkara ini sehinggalah dimaklumkan rakan, bagi saya ia sesuatu yang serius kerana boleh menjatuhkan imej dan kepercayaan pihak lain.

“Kerana itu sebaik tahu saja, saya terus buat laporan polis kerana tidak mahu ia terus berlarutan dan disalah guna terutama bagi tujuan negatif seperti ini,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sungai Senam, hari ini.

Antara kandungan tweet yang dimuat naik melalui akaun itu termasuklah; ‘ini bukti menteri KPDNKK ada udang di sebalik batu’; ‘enforcement lemah, rakyat kena tanggung, majoriti menteri kabinet tidak setuju subsidi minyak masak dihapuskan; juga ‘saya dapat info, 23 kilang minyak ada kaitan dengan menteri XXXX’.


0 comments:

share2