Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 11, 2016

KPN ARAH AMBIL KETERANGAN ZAID DIDAKWA MENGHASUT


Khalid Abu Bakar


Kuala Lumpur - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) mengambil keterangan daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ib­rahim kerana didakwa menghasut.

Beliau berkata Zaid perlu dipanggil untuk diambil keterangan selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan mengelirukan di akaun Twitternya hari ini.

"PCIRC @PDRMsia panggil tweet handler ini untuk penjelasan statementnya yang menghasut dan mengelirukan ini," katanya dalam catatan terbarunya di Twitter, hari ini.

Khalid turut memaparkan 'screenshot' kenyataan yang dibuat Zaid itu menerusi akaunnya Twitternya.

Hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran oleh Zaid untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara berhubung siasatan kes SRC International (SRC) dan dana RM2.6 bilion.


0 comments:

share2