Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 15, 2016

PERLU DANA BIAYAI PEMBEDAHAN


Perlu dana biayai pembedahan


Ipoh - Seorang bekas buruh memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 bagi membiayai pembedahan pintasan jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kamal Ariffin Abu, 48, dia hanya mempunyai tempoh kurang daripada dua minggu untuk pembedahan segera bagi melakukan pintasan pada tiga saluran yang tersumbat.

Menurutnya, doktor yang merawatnya menjelaskan, beliau perlu segera menjalani pembedahan tersebut kerana keadaannya semakin serius.

“Saya risau duit masih tak cukup. Sekarang duit memang tiada dan saya sekarang sudah tidak bekerja. Doktor cakap pembedahan ini dah tak boleh tangguh lagi.

“Dulu saya dapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan kemudian disarankan ke PPUM untuk jalani pembedahan, jika ada duit saya boleh jalani pembedahan segera,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, semalam.

Kamal Ariffin menjelaskan, masalah jantung yang dialami nya mula dikesan ketika beliau sedang bekerja sekitar Ogos lepas.

Dia yang tidak berkahwin kini memerlukan bantuan dan sumbangan mendapatkan dana.

Dalam pada itu, seorang remaja perempuan, R. Nithya Rubhini, 17, turut mengharapkan bantuan sama untuk membuang ketumbuhan di kedua belah payudaranya sekitar RM10,000.

“Pada mulanya saya perasan terdapat ketulan-ketulan keras di payudara kanan sejak setahun lalu sebelum berjangkit ke sebelah kiri.

“Saya sukar untuk tidur pada waktu malam dan sudah tiga minggu tidak pergi ke sekolah kerana tidak selesa dan berasa sakit,” katanya yang ditemani ibu, G. Neelaawathi, 35, serta bapanya, R. Ragu, 41.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, pihaknya mengharapkan sumbangan dan bantuan orang ramai bagi membantu Kamal Ariffin dan Nithya.


0 comments:

share2