Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 15, 2016

GELAGAT 'AH LONG' SERANG & KUTIP HUTANG DIRAKAM


Gelagat 'Ah Long' Serang & Kutip Hutang Dirakam


REALITI… Simbah cat berwarna merah dan menggunakan kekerasan bagi mendapatkan semula wang yang dipinjam adalah kaedah sering kali digunakan peminjam wang dikenali sebagai ‘ah long’.

Terbaharu, sebuah rumah di Jalan Sepah Puteri 5/14, Seri Utama, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor disimbah cat oleh empat lelaki bersenjatakan parang dan tukul kerana dipercayai meminjam wang ‘ah long’.
Tidak cukup dengan itu, empat lelaki berkenaan mengugut pengawal keselamatan menggunakan parang supaya membuka palang kerana mahu keluar dari kawasan perumahan itu.


Kejadian berkenaan namun berjaya dirakam kamera litar tertutup di pondok pengawal dan dimuat naik menerusi laman sosial semalam.


Video yang berdurasi 37 saat itu memaparkan dua orang suspek memotong tali yang mengikat palang dengan parang bagi memudahkan penjenayah melarikan diri dengan menggunakan kereta jenis Toyota Estima.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang pada Rabu lalu, empat penjenayah berkenaan menggunakan topeng mulut bagi mengelakkan identiti mereka diketahui pihak berkuasa.

Seorang netizen, Atie Ahmad berkata, tindakan sekumpulan lelaki yang dipercayai ‘ah long’ menyimbah cat ke salah sebuah rumah di kawasan itu disedari pengawal keselamatan sebelum mengarahkan palang di laluan utama ditutup bagi menunggu bantuan daripada polis.

“Ah long itu menggunakan parang dan tukul untuk keluar seperti yang ditunjukkan dalam video. Kejadian ini sudah jadi kes polis. Berhati-hati apabila berhadapan dengan ah long,” katanya dalam Facebook.

Difahamkan, pemilik rumah menyaksikan rumahnya dibaling botol kaca berisi cat merah selain suspek turut menyepahkan kawasan rumah mangsa.

Bagaimana pun, pemilik rumah berkenaan iaitu seorang wanita mendakwa tidak membuat sebarang pinjaman dengan ‘ah long’.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang mengesan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.


0 comments:

share2