Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 17, 2016

[KUANTAN] PERLUKAN DANA BINA SURAU TAMAN PERUMAHAN


Perlukan dana bina surau


Penduduk di Taman Perumahan Bukit Rangin Perdana 2 di sini, memerlukan sumbangan orang ramai sejumlah RM300,000 bagi membolehkan pembinaan surau di taman perumahan tersebut.

Surau yang bakal dibina di atas tanah seluas 0.12 hektar itu dijangka mampu memuatkan lebih 200 jemaah dan kini pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

Pengerusi surau, Mohd Hafidz Abd Kadir berkata, pembinaan surau itu amat penting kerana kawasan perumahan terbabit tidak mempunyai kemudahan berkenaan.

Menurutnya, buat masa sekarang, penduduk terpaksa menjadikan bangunan kedai sebagai surau sementara.

“Pemilik kedai beri ihsan kepada kami untuk gunakan kedai miliknya sebagai surau sementara sehingga bulan hujung tahun ini. Selepas itu, kami diminta untuk mengosongkan kedai kerana dia (pemilik) mahu menjalankan perniagaan.

“Tapi, jika tiada sebarang pembinaan surau dibuat, kami terpaksa berbincang dengan pemilik tersebut supaya dia boleh memberikan lanjutan masa kepada kami.

“Kami mahu ada surau bagi membolehkan penduduk setempat menjalankan ibadah berjemaah dan pelbagai aktiviti keagamaan boleh dijalankan di situ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis kacau asyura di Taman Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM7,000 menerusi sumbangan orang ramai.

Katanya, penduduk berharap kemudahan itu dapat segera dibina dan orang ramai yang ingin menderma boleh menghubunginya di talian 019-9813486.


0 comments:

share2