Jerantut - Akibat dari bencana banjir baru-baru ini, loji air di Batu Embun Jgi erantut telah tenggelam dan menyebabkan operasi loji berkenaan tidak dapat berjalan sebagaimana biasa. Ini mengakibatkan seluruh bandar Jerantut terputus bekalan air bersih PAIP.
Bagi mendapatkan bekalan air bersih, penduduk-penduduk Jerantut mendapatkan alternatif dengan sama ada menceduk air dari sungai-sungai termasuk di pusat rekreasi di Lata Meraung serta mendapatkan bekalan air dari bukit-bukit.
Wartawan PahangKu sempat merakamkan iniseatif penduduk Jerantut dalam mengatasi masalah bekalan air berkenaan. Rakaman ini dirakamkan pada 1 Januari 2015 di laluan Jerantut ke Bandar Pusat Jengka berhampiran Sungai Salan, Pulau Tawar.
Bagaimanapun, sejak malam semalam, bekalan air PAIP di Jerantut beransur pulih kerana usaha yang dijalankan oleh beberapa agensi dalam membantu memperbaiki pengepam di loji air berkenaan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memperbaiki keadaan ini mewakili seluruh warga Jerantut.
0 comments:
Post a Comment