Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 29, 2016

GUNA IDENTITI PALSU UNTUK MULA HIDUP BARU


Guna identiti palsu untuk mula hidup baru


Florida - Seorang lelaki menggunakan identiti palsu seorang nelayan yang telah meninggal dunia demi meninggalkan isteri dan dua orang anak lelakinya 23 tahun yang lalu lapor Mirror.co.uk.

Richard Hoagland, 63, tidak pulang ke rumahnya di Indianapolis setelah menelefon isterinya, Linda dan memberitahu dia harus ke hospital pada tahun 1993.

Linda merupakan isteri kedua Hoagland dan sudah berkahwin lain setelah dia diisytiharkan meninggal dunia pada tahun 2003.

“Dia menelefon saya dari pejabat dan mengatakan dia sakit dan harus segera ke hospital, saya meminta agar dia bersabar dan pergi bersama dengan saya.

“Namun, dia berkeras dan untuk pergi sendiri dengan alasan tiada masa untuk menunggu saya. Itulah kali terakhir saya berhubung dengannya,” katanya kepada ABC news.

Hoagland bagaimanapun berjaya melepasi siasatan polis dan berpindah ke Zephyrhills, Florida.

Di sini, dia menggunakan identiti Terry Symansky, yang meninggal dunia pada tahun 1991 dan kemudiannya berkahwin dengan isteri ketiganya, Mary Hickman serta mempunyai seorang anak.

Perbuatan beliau terbongkar apabila anak buah, Symansky sedang membuat kajian sejarah keluarganya dan secara tidak sengaja terjumpa rekod perkahwinan pakciknya itu empat tahun selepas kematiannya.

"Dia kini menghadapi pertuduhan penipuan. Tambah mengejutkan apabila Mary turut menjumpai beg bimbit yang berisi dokumen identiti asal Hoagland sejurus selepas dia ditahan polis.

"Sebab utama dia berbuat demikian adalah kerana ingin melarikan diri dari isteri keduanya namun tidak mahu mengharungi satu lagi penceraian," kata laporan itu.


0 comments:

share2