Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 20, 2016

FENOMENA AIR PASANG: 432 ORANG DIPINDAHKAN


Fenomena air pasang: 432 orang dipindahkan di Kedah


Alor Setar - Sebanyak 432 orang daripada 113 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan selepas rumah mereka dilanda banjir akibat fenomena air pasang di daerah Kuala Muda.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda Left Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata tiga pusat pemindahan dibuka pada 3 petang semalam selepas Kampung Paya, Kampung Sungai Yu, Kampung Sungai Meriam, Kampung Padang Salim, Kampung Masjid dan Kampung Ujung Matang dinaiki air sedalam 2.9 meter.

Berikutan itu, seramai 267 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Seri Kuala, seramai 85 mangsa daripada 17 keluarga di Dewan Kampung Paya dan 80 orang daripada 18 keluarga di Surau Kampung Sungai Yu.

"Fenomena air pasang semakin lemah dan jika banjir surut, mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat".


0 comments:

share2