Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 28, 2016

SEPULUH GUNUNG BERAPI AKTIF HARI INI


Sepuluh gunung berapi aktif hari ini


Fenomena letusan gunung berapi memang tidak asing bagi kita sejak dari dahulu. Letusan atau erupsi gunung berapi dapat menimbulkan pelbagai bencana dan ia bukan hanya meliputi kawasan berdekatan.

Bahaya dari debu gunung berapi pula boleh menjejaskan penerbangan di mana debunya boleh merosakkan turbin.

Manakala sulfat yang dimuntahkan menerusi letusan dapat menghalang cahaya matahari dan mewujudkan suhu dingin di bahagian bawah atmosfera bumi seperti troposfer, yang mana boleh mengakibatkan bencana kelaparan yang parah.

Meskipun letusan gunung berapi tak selalu terjadi, kebarangkaliannya tetap mendapat perhatian ramai pihak di dunia.

Seperti yang kita semua tahu, masih ada gunung berapi yang berstatus aktif masa kini dan berikut adalah 10 gunung berapi yang masih aktif di dunia.



Gunung Berapi Moana Loa

Terletak di kepulauan Hawaii, gunung berapi ini dikatakan memegang status aktif sejak 700,000 tahun yang lalu. Letusan gunung Mauna Loa terjadi bermula pada 1984.

Biasanya lava yang keluar dari gunung ini tidaklah begitu cepat.



Gunung Berapi Ulawun

Gunung Ulawun menjadi salah satu daripada deretan gunung berapi paling aktif di Papua New Guinea.

Difahamkan, sebanyak 22 letusan telah direkodkan berlaku dari gunung ini sejak 1700an.


 
Gunung Nyiragongo

Gunung Nyiragongo adalah gunung berapi yang paling aktif di Congo, Afrika.

Peristiwa hitam pernah dilaporkan pada 1977, di mana berlaku retakan pada saluran gunung berapi, sekaligus mengeluarkan lahar yang menghancurkan banyak penempatan dan membunuh ramai orang.



Gunung Berapi Merapi

Ia merupakan gunung berapi paling aktif di Indonesia. Gunung Merapi dikenali sebagai gunung berapi yang menghasilkan lahar dalam jumlah yang cukup besar berbanding gunung berapi lain di dunia.

Lahar gunung berapi ini sering meletus sejak 1548 dan cukup aktif sejak 10,000 tahun terakhir ini.



Gunung Berapi Galeras

Gunung Galeros terletak di Ecuador, Colombia di mana status aktifnya telah mencapai 1 juta tahun setakat ini.

Ledakan pertama gunung itu dicatatkan pada 1580. Galeros dikatakan ‘sepi’ seketika pada tahun 1978, bagaimanapun dilaporkan kembali aktif melakukan aktivitinya 10 tahun kemudian pada tahun 1988.



Gunung Berapi Sakurajima

Gunung berapi Sakurajima yang terletak di Jepun ini pada awalnya terpisah dari kepulauan negara itu.

Bagaimanapun ia berubah selepas letusan daripada gunung itu yang berlaku pada 1914 yang mengeluarkan lava panas dan kemudian berubah menjadi jambatan yang menghubungkan negara tersebut dengan gunung Sakurajima.



Gunung Berapi Popocatepe

Gunung berapi yang terletak di Mexico ini hampir mengorbankan 41,000 nyawa ketika letusan terakhinya pada tahun 2000.

Rakyat disekitarnya dikatakan bertuah kerana kerajaan bertindak cepat melakukan pemindahan serta-merta ketika letusan berlaku.

Sejak 1519, gunung berapi ini telah meletus lebih daripada 20 kali.



Gunung Berapi Vesuvius

Gunung Vesuvius yang berada di timur Naples, Itali merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif hingga saat ini.

Gunung berapi ini juga memiliki sejarah buruk di mana letusannya terjadi pada tahun 79Masihi di mana ledakan laharnya telah melenyapkan dua kota Herculaneum dan Pompeii.

Terakhir kali gunung ini aktif adalah pada tahun 1944.



Gunung Berapi Eyjafjallajokull

Gunung yang sukar dieja ini merupakan satu daripada gunung yang berada di Islandia.

Gunung ini pernah mengalami letusan hebat pada tahun 2010 yang mana kesannya dapat dirasai hingga ke barat dan utara Eropa.



Gunung Berapi Yellowstone Caldera

Gunung Berapi Yellowstone Caldera yang terletak di Amerika Syarikat ini adalah gunung berapi nombor satu paling aktif di dunia.

Meskipun berstatus aktif, taman nasionalnya masih menjadi daya penarik bagi pengunjung dalam dan luar Negara.

Setiap tahun, taman nasional di gunung itu menerima sehingga 3 juta pengunjung.


0 comments:

share2