Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 13, 2017

LEBIH BAIK JUAL FERRARI DARIPADA PINJAM BANK SINDIR SHAHRIR





Dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa FELDA membiayai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London melalui pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tuduhan tidak benar.

Malah menurut Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad rujukan yang Rafizi gunakan juga adalah tidak tepat.

Ini kerana pada Disember 2009, KWSP telah meluluskan pinjaman berjaminan kerajaan kepada FELDA sebanyak RM6.5 bilion.

Katanya, tujuan utama pinjaman tersebut adalah untuk membiayai keperluan program tanam semula peneroka FELDA dan keperluan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) bagi melaksanakan aktiviti pelaburan.

Pada masa itu, FGV merupakan sebuah syarikat subsidiari milik penuh FELDA.

“Keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada KWSP dibuat setelah FELDA meneliti rasional keperluan pembiayaan pada masa itu. FELDA membayar semula prinsipal dan keuntungan pinjaman KWSP ini mengikut jadual yang ditetapkan oleh KWSP. Pinjaman ini dijadualkan selesai pada tahun 2023,” katanya pada sidang akhbar di Melaka, Khamis.

Berikutan itu jelas Shahrir dakwaan kedua Ahli Parlimen PKR Pandan itu bahawa FELDA akan kerugian RM38 juta akibat jualan Grand Plaza Serviced Apartments juga tidak tepat kerana pembelian ini menggunakan dana dalaman FELDA (FELDA internal funds) dan tidak menanggung sebarang kos bayaran faedah.

“Rafizi tidak sedar bahawa FELDA merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai sumber pendapatan dan kewangannya sendiri tanpa mendapat pembiayaan kos operasi dari kerajaan persekutuan sejak tahun 1996.

“Ini bermakna perjalanan operasi FELDA tidak langsung ditanggung oleh pembayar cukai mahupun peneroka.

“Grand Plaza Serviced Apartments dibeli melalui hasil penyenaraian FGV pada tahun 2012. Perkara ini telah saya maklumkan kepada pihak media pada 12 Februari 2017 dan mendapat liputan akhbar-akhbar utama,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut Shahrir berkata FELDA perlu kembali kepada komitmen asal iaitu mengatur kewangan supaya menjadi lebih stabil.

Memberi perumpaan seperti memiliki sebuah kereta ferrari di London, adalah lebih baik menjual kereta tersebut daripada membuat pinjaman bank.

“Kalau saya simpan Ferrari di London dan lepas itu saya pergi bank sebab tak ada duit, awal ingat bank nak bagi duit sedangkan Ferrari awak banyak? Orang ini lagak nombor satu tapi tak ada duit..apa bank kata ?



“Jadi Komitmen FELDA sebagai agensi kerajaan diteruskan bagi memastikan kesejahteraan peneroka dan aktiviti tanam semula dilaksanakan mengikut perancangan.

“Kita jual hotel di London itu pun tidak menjejaskan peneroka dan bukannya peneroka pergi ke hotel tersebut,” jelasnya.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 54 pihak yang menyatakan minat untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartment dan kini proses penjualan dalam peringkat terakhir meneliti tawaran yang baik dan munasabah.

“Saya yakin bahawa penjualan hotel ini adalah sejajar dengan hala tuju FELDA untuk ‘balik asal’ dan akan memberi impak yang positif kepada kewangan FELDA.

Selain itu, ini dapat membantu FELDA untuk fokus kepada pengurusan ladang peneroka bagi memastikan pendapatan peneroka yang tinggi sekaligus memastikan kebajikan dan kesejahteraan peneroka terbela,” ujarnya.


0 comments:

share2